MENU

Ketua Bahagian: Puan Suziana Binti Fiee
Emel Ketua Bahagian: suziana.fiee@mpklang.gov.my

1.0 Pengenalan

Bahagian Audit Dalam Majlis Perbandaran Klang telah ditubuhkan pada tahun 2001 selaras dengan peraturan-peraturan di dalam Akta Audit Negara 1957 serta mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Bahagian ini bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang.

Bahagian ini merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

2.0 Objektif Bahagian Audit Dalam

Objektif utama Bahagian Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan mencapai visi, misi dan strategi Majlis Perbandaran Klang. Ianya dicapai melalui pelaksanaan tugas yang bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan dijalankan dengan teratur di semua peringkat di setiap Jabatan di Majlis Perbandaran Klang.

Maklumat Unit

  • Unit Pentadbiran

  • Unit Audit Kewangan

  • Unit Audit Pengurusan/Kualiti

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Januari 2018 - 1:38pm