MENU

Ketua Bahagian: Puan Long Shalawati Binti Mohd Sahit
Emel Ketua Bahagian: shalawati.sahit@mpklang.gov.my

1.0   Latar Belakang Bahagian Ukur Bahan

Bahagian Ukur Bahan mula ditubuhkan pada 16 Januari  2014 di Majlis Perbandaran Klang.  Bahagian ini diletakkan  dibawah  Pejabat Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang.  Bilangan kakitangan di Bahagian ini adalah seramai 15 orang. Pejabat Bahagian ini beroperasi di Pejabat Cawagan Bangunan E-Library ,Jalan Tengku Kelana, Klang.  Bahagian ini  dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu;

  • Unit Perolehan Terus
  • Unit Tender dan Sebutharga
  • Unit Projek

2.0   Objektif Bahagian Ukur Bahan         

A.  UNIT PEROLEHAN TERUS

  • Memproses permohonan Pembelian Terus melalui Pesanan Tempatan mengikut Tatacara Kewangan semasa.
  • Menguruskan pembekalan peralatan pejabat.
  • Memastikan pembelian dilaksanakan dengan berkualiti sertaekonomik.

 B.   UNIT PEROLEHAN TENDER DAN SEBUTHARGA

  • Menyediakan/menyemak kadar harga dan penyediaan kuantiti bagi perolehan Majlis atau peruntukan luar.
  • Menyediakan/menyemak dan membuat pengesahan untuk anggaran jabatan bagi perolehan Majlis/peruntukan luar.
  • Menguruskan perolehan sebutharga dan tender mulai dari pengiklanan sehingga ke Mesyuarat Sebutharga/Tender/luar.
  • Menyediakan dan menyelaraskan dokumen-dokumen bagi sebutharga dan tender.
  • Menyediakan/membentangkan laporan penilaian perolehan Majlis/peruntukan luar ke Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga/Tender Majlis/Luar.
  • Menjadi Urusetia Jawatankuasa Mesyuarat Sebutharga B, Sebutharga dan Tender.
  • Menyediakan dokumen kontrak untuk projek-projek yang menggunakan borang PWD 203,203A, DB/T-Tender Majlis/Luar.
  • Memastikan kerja-kerja mematuhi Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan undang-undang yang telah ditetapkan

  C.   UNIT PROJEK

  • Memantau bersama dengan Jabatan dalaman Majlis bagi pengukuran akhir dan sebagainya ke atas projek-projek(Marris) dan projek-projek Majlis.