MENU
Lain-Lain Audit :
i. Pemantauan Audit

Bahagian Audit Dalam dijemput untuk terlibat di dalam program-program yang dijalankan.Di antara program tersebut adalah :

  • Pengundian Bazar di musim perayaan

  • Ujian ‘Coring’

ii. Pemeriksaan Mengejut

Pemeriksaan mengejut dijalankan secara berkala untuk melihat pematuhan ke atas AP309 dan lain-lain prosedur/standard atau tatacara kerja yang telah ditetapkan. Pemeriksaan mengejut juga dilaksanakan ke atas perolehan Majlis dan hasil-hasil Majlis atau mana-mana skop teknikal yang perlu di audit. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan dengan lengkap untuk memudahkan rujukan.

iii.   Audit Susulan

Audit Susulan akan dilaksanakan dari masa ke semasa mengikut keperluan bagi memastikan semua penemuan dan syor audit terdahulu telah diambil tindakan.

4.0 Piagam Pelanggan

Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan piawaian yang ditetapkan dan menyediakan laporan atau pemerhatian audit yang tepat, jelas dan mudah difahami serta memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
Peraturan

Sumber kuasa rujukan jabatan adalah seperti berikut :-

i. Akta

  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

  • Akta Audit Negara 1957

  • Akta Acara Kewangan

ii. Pekeliling/ Surat Pekeliling

  • Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

  • Pekeliling Perbendaharaan

  • Pekeliling Perkhidmatan

  • Surat-Surat Pekeliling Yang Berkaitan

iii. Undang-Undang

  • Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Klang

iv. Manual

  • Manual Tatacara Jawatankuasa Audit Dan Pengurusan Korporat Pihak Berkuasa Tempatan

v. Laporan

  • Laporan Ketua Audit Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am