MENU

3.0 Fungsi Dan Aktiviti Bahagian

Pendekatan audit yang dilaksanakan adalah meliputi Pengauditan Pengurusan Kewangan dan juga Pengauditan Prestasi.

Pengauditan Pengurusan Kewangan
Merupakan pendekatan audit bagi menentukan wujudnya kesempurnaan dan keutuhan sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan. Aspek kawalan dalaman yang diberi penekanan untuk membantu mewujudkan budaya kerja yang berasaskan amalan terbaik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan melibatkan kawalan bajet, kawalan hasil dan kawalan perbelanjaan.
Audit  Pengurusan
Menentukan sama ada struktur dan sistem pengurusan yang diwujudkan berkesan dengan memastikan Majlis mempunyai Carta Organisasi yang lengkap dan kemas kini, penurunan kuasa diberi secara bertulis kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan, Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, Fail Meja disediakan bagi setiap pegawai dan senarai tugas disediakan. Perjawatan yang diluluskan telah diisi dan implikasi sekiranya kekosongan tidak diisi. Pegawai juga sentiasa diberi latihan / kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas. Memastikan setiap prosedurdan sistem pengurusan yang diwujudkan berkesan dan dipatuhi oleh setiap jabatan.
 
Audit Prestasi
Audit Prestasi adalah pendekatan audit bagi menentukan sumber, operasi dan aktiviti / program telah dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan ekonomik. Pemeriksaan terhadap kecekapan dan keberkesanan penggunaan dan pengurusan sumber wang awam, harta benda dan sumber manusia akan dijalankan dalam pengauditan ini. Value For Money dan keberkesanan dalam pengurusan program / aktiviti projek dititikberatkan semasa pengauditan.
 
Audit ICT
Menilai keberkesanan penggunaan teknologi ICT dalam membantu perjalanan pengurusan dan pengoperasian organisasi. Ia diukur dari segi pengendalian aset IT, sistem yang dibeli/ dibangunkan, pengemaskinian data, penggantian alatan, keselamatan dan lesen-lesen IT.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am