Menyedia dan menyelenggara dengan mencukupi, sempurna dan selesa berteraskan konsep indah dan permai
Mengawal, menyelia dan melaksanakan pembangunan fizikal dan spiritual yang rapi, terancang dan tersusun serta memenuhi citarasa masyarakat dan negara
Memastikan pengurusan dan perkhidmatan perbandaran dilaksanakan dengan cemerlang berkonsepkan mesra rakyat.
Visi
"MENJADIKAN KLANG KE ARAH BANDARAYA DIRAJA BERSEJARAH YANG BERBUDAYA MAJU, LESTARI DAN CEMERLANG"
Majlis Perbandaran Klang berharap akan memberi pimpinan yang diperlukan bagi semua pegawai-pegawai perbandaran untuk memupuk sifat setiakawan yang kukuh bagi penduduk-penduduk Klang. Kami berharap agar dapat menjayakan aktiviti-aktiviti dan meningkatkan persefahaman di kalangan warga perbandaran serta menyebarkan keputusan-keputusan polisi umum di peringkat tempatan, negeri dan kerajaan pusat.