Jabatan Penguatkuasa

4.2 Bahagian Operasi & Penguatkuasaan

4.2.1  Unit Kawalan & Rondaan

           a.   Unit Bangunan Dan Taman
  • Menentukan anggota kawalan keselamatan  harta-benda Majlis di Bangunan Sultan Alam Shah, Bangunan Jabatan Penguatkuasaan, Blok ‘K' Bandar Bukit Tinggi.
  • Menentukan anggota kawalan keselamatan harta-benda Majlis di Taman Rakyat dan Taman Pengkalan Batu.
  • Membuat rondaan dan pemantauan harta-benda Majlis di Kapal Bugis (Tanjung Harapan), Dataran Seni, Taman 100 serta lampu-lampu hiasan serta kemudahan awam di sepanjang laluan utama pusat Bandar Klang.
  • Menyemak semua laporan-laporan tugas anggota-anggota kawalan untuk diambil tindakan susulan dan sewajarnya setiap hari.
               b.  Unit Jaga
  • Menyediakan detail tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Mengurus urusan cuti tahun, cuti kecemasan dan cuti sakit anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Menyusun kekuatan anggota dan memastikan urusan kursus, latihan, peperiksaan atau cuti tanpa rekod tidak menjejaskan     tugas kawalan.
  • Menentukan setiap aduan yang dibuat oleh anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berkaitan kerosakan dan kecacatan di dewan diambil tindakan.
  • Membuat rondaan dan lawatan mengejut ke atas tempat-tempat kawalan bagi memastikan anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berada di tempat bertugas.
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kekerapan membuat rondaan ke atas anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
              c.  Unit Kawalan Bersenjata
  • Menentukan anggota Pembantu  Penguatkuasa untuk membuat kawalan di Kaunter Kutipan Hasil Majlis di seluruh cawangan.
  • Menentukan setiap anggota kawalan mengambil senjata api pada awal pagi dan mengembalikannya semula setelah selesai tugas.
  • Mengiringi pegawai dalam urusan penghantaran wang kutipan hasil ke bank.
  • Membuat kawalan VIP semasa Majlis Keramaian atau majlis-majlis khas Majlis.
  • Menyemak laporan-laporan tugasan anggota kawalan bersenjata setiap hari.

 d.  Unit E-Library

  • Menyediakan detail tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk anggota bertugas di Bangunan MPK, Jalan Tengku Kelana.
  • Menentukan anggota membuat rondaan   dan pemantauan di sekitar Taman DiRaja.
  • Menentukan anggota untuk membuat tugas di kaunter pertanyaan, kaunter di Pejabat Jabatan Undang-Undang dan kaunter bayaran.
  • Membuat rondaan dan lawatan mengejut ke atas tempat-tempat kawalan bagi memastikan anggota kawalan berada di tempat bertugas.
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kekerapan membuat rondaan ke atas anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Menyemak laporan-laporan tugas anggota-anggota kawalan.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak Majlis.

Unit CCTV

  • Memantau monitor CCTV yang terdapat di Bilik Kawalan CCTV  dalam tempoh 24 jam.
  • Merekodkan pemantauan di dalam Buku Rekod CCTV mengenai perkara-perkara berikut:
  1. Penjaja - Merekodkan maklumat penjaja yang menjalankan perniagaan menyalahi peraturan yang ditetapkan.
  2. Petak letak kereta -  Mencatatkan perkara-perkara yang menyebabkan halangan petak letak kereta.
  3. Iklan haram - Mencatatkan jenis, jumlah dan lokasi iklan haram yang dipasang.
  4. Kesesakan lalulintas - Melaporkan lokasi berlakunya kesesakan lalulintas supaya tindakan segera boleh dilakukan.
  5. Pasar Pagi - Melaporkan sekiranya terdapat penjaja Pasar Pagi di Lorong Kasawari 4B, Taman Eng Ann yang menjalankan perniagaan di luar petak yang disediakan serta kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
  6. Sampah - Melaporkan sekiranya terdapat sampah-sampah  yang dikutip di lokasi-lokasi tertentu.
  • iii.        Melaporkan segera hasil pemantauan  kepada Jabatan atau agensi berkaitan (contoh: Polis, Bomba, Hospital dll) sekiranya berlaku kejadian jenayah, kemalangan, kebakaran atau lain-lain kejadian yang mengganggu ketenteraman awam.
  • Menghubungi Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Penguatkuasa untuk menyalurkan sebarang maklumat bagi tindakan segera.
  • Melaksanakan arahan Jabatan dari masa ke semasa.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Jabatan.
  • Menjaga keselamatan CCTV dan peralatan yang terdapat di Bilik Kawalan CCTV.
  • Melaporkan kerosakan peralatan CCTV kepada jabatan berkaitan.
  • Menyediakan Laporan Tugas selepas selesai menjalankan tugas.
  • Mana-mana kakitangan yang bertugas tidak dibenarkan menghebah / melaporkan kepada mana-mana orang tanpa kebenaran Ketua Jabatan.
  • Mana-mana kakitangan tidak dibenarkan masuk melainkan yang   bertugas di Bilik Kawalan CCTV.
  • Tidak dibenarkan makan / minum / merokok di Bilik Kawalan CCTV.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  

16553 Lihat
Tarikh Kemaskini : 18 Mac 2013