Jabatan Kejuruteraan

Emel Jabatan Kejuruteraan: kejuruteraan@mpklang.gov.my


Ketua Jabatan:  Ir. Hj. Md Noor Bin Mahmud
Emel Ketua Jabatan: mdnoor.mahmud@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan pada asalnya sebahagian daripada Jabatan Kesihatan yang mengendalikan parit-parit, sampah dan lot-lot tanah yang dibina untuk mengatasi masalah wabak malaria dengan membina parit-parit yang dipanggil ‘Anti Malarial Drain'.

Pada tahun 60an jabatan ini dinaiktaraf sebagai Jabatan Kejuruteraan dengan jurutera pertama adalah Mr Phillip Teh dan pada awal penubuhannya, Jabatan Bangunan dan Jabatan Perancang merupakan sebahagian dari Jabatan Kejuruteraan.

Selepas itu, Jabatan Bangunan dan Jabatan Perancang telah diasingkan daripada Jabatan Kejuruteran, manakala Jabatan Kontrak dan Jabatan Bengkel ditubuhkan sebagai memenuhi keperluan Majlis dengan pertambahan kerja-kerja kontrak dan penyelenggaraan kenderaan. Tetapi kedua-duanya dimasukkan semula ke Jabatan Kejuruteraan.
Secara umumnya, Jabatan kejuruteraan terlibat dalam mengendalikan hal-hal teknikal iaitu pembinaan, jalan, parit, bangunan, mengurus dan menyelaraskan pembinaan prasarana oleh pihak swasta dan menguruskan penyelenggaraannya.

2.0  Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan meliputi penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur dan kemudahan awam
  • Mengawal pembinaan projek pembangunan kepada penduduk, samada awam atau swasta di dalam kawasan Majlis
  • Menyediakan sistem infrastruktur dan kemudahan awam  yang lebih teratur dan selesa.
  • Menyelaras objektif Majlis untuk "menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa serta meninggikan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang".

3.0   Fungsi Jabatan

        Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut : 

3.1   Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Am

  • Merekodkan hal ehwal perjawatan meliputi  jadual kedatangan, kursus , cuti kakitangan dan lain-lain.
  • Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi majlis dan pekeliling kepada kakitangan.
  • Mengurus dan merekodkan pendaftaran segala persuratan serta perjalanan fail jabatan.
  • Menguruskan penyediaan dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak .
  • Mengurus dan merekod bayaran-bayaran kerja kontrak.
  • Mengurus dan merekodkan segala maklumat dan dokumen jabatan.
  • Menerima dan merekod permohonan pelan-pelan pemajuan kerja infrastruktur (Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Parit, Pelan Lampu Jalan).
  • Merekod dan memberi maklumbalas terhadap perkara / aduan berkaitan Jabatan.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  

5397 Lihat
Tarikh Kemaskini : 22 Mac 2013