MENU

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali cakna terhadap kebajikan anggota polis yang menjalankan tanggungjawab terbaik kepada masyarakat, di kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

Menghargai peranan itu, beliau bersama kakitangan pejabat ADN Selat Klang dan barisan kepimpinan masyarakat di DUN berkenaan mengadakan kunjungan hormat, di IPD Klang Utara, Selasa lalu.

“Kunjungan ini bertujuan untuk bertanya khabar dan mengambil cakna berkenaan kemasyarakat di bawah jagaan Ibu Pejabat Polis Daerah Selat Klang.

“Saya berharap kerjasama kepimpinan Selat Klang dan polis dapat dikekalkan dalam usaha secara bersama untuk mencegah gejala sosial dan jenayah yang berlaku di kawasan IPD Klang Utara,” katanya kepada SelangorKini.

Pertemuan menyaksikan beberapa isu diperbincangkan secara bersama bagi mengekalkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Terdahulu, kunjungan beliau disambut Timbalan Ketua Polis IPD Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi dan pegawai dari unit IPD berkenaan.

Kunjungan diakhiri dengan pemberian cenderahati daripada Pejabat ADN kepada IPD Polis sebagai tanda ingatan.