MENU

Emel Jabatankomunikasi.korporat@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan : Pn. Norfiza Binti Mahfiz
Emel Ketua Jabatan : norfiza.mahfiz@mpklang.gov.my

1.0  Fungsi

Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut :-

Bahagian Komunikasi Korporat

1.1 Unit Komunikasi & Perhubungan Awam

Pengurusan Komunikasi

  • Merancang, melaksana dan menyelaras program-program promosi & publisiti.
  • Membina dan mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dan rapat diantara Majlis dengan agensi kerajaan daerah dan negeri, pihak media, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan penduduk .
  • Mendokumentasi aktiviti dalam bentuk gambar, video korporat dan persembahan multimedia.
  • Menghebahkan aktiviti Majlis yang berkaitan serta mendapat liputan media seperti kempen penguatkuasaan, kempen pembayaran cukai dan kompaun, program-program majlis dan promosi majlis memberi impak yang positif  .
  • Pengurusan liputan fotografi untuk acara-acara rasmi Majlis.

Pengurusan Aduan

  • Menyelaras dan menguruskan aduan awam disamping memperkasakan Pusat Aduan sebagai “Complaint Centre” yang bertanggungjawab menyalur maklumbalas berkaitan aduan.
  • Memastikan  aduan diterima, dicatat dan direkod di dalam Sistem Aduan I responz tanpa gagal.
  • Memastikan semua aduan yang diterima diberi maklumbalas pengesahan penerimaan aduandan memberikan maklumbalas tindakan penyelesaian aduan mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa gagal.
  • Memastikan setiap aduan berulang diberi Surat Peringatan/Borang Tindakan Pembetulankepada Jabatan berkenaaan untuk tindakan pembetulan.
  • Menyemak dan mengesahkan status penyelesaian aduan bagi tujuan penutupan aduan dalam sistem I-respon.
  • Menyelaras fungsi talian aduan 24 Jam.

Pengurusan Pelanggan

  • Menyediakan perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Helpdesk bagi memastikan sistem penerimaan dan sambutanpelanggan di tahap yang membanggakan dengan etika melayani pelanggan terbaik serta menyediakan maklumat serta saluran sebenar untuk pelanggan yang memerlukan jenis perkhidmatan.
  • Menjadi Pusat/ Kaunter/ Helpdesk sebagai tempat rujukan oleh orang awam untuk mendapatkan informasi dan pertanyaan.
  • Menyediakan secara keseluruhanLaporan Analisa Pemantauan PersepsiPelanggansetiap tahun.
  • Menyediakan secara keseluruhanLaporan Analisa Maklumbalas Kepuasan Pelanggan (MKP) dan Maklumbalas Kajian Pendapat Penggunakeseluruhan setiap tahun bagi tujuan Laporan Tahunan Analisa Kajian Persepsi Pelanggan Majlis Perbandaran Klang.