Memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan kemudahan awam dan tanggungjawab sosial kepada warga Majlis Perbandaran Klang
Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan
Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan prihatin di samping mengekalkan suasana mesra dan harmoni
Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Klang ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan dinamik dan menyeluruh
Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dalam bidang perniagaan dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh
Membuat penilaian harta secara adil bagi maksud cukai taksiran dan menguruskan harta tetap Majlis dengan cekap
Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisyen agar pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar
Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam dan taman rekreasi dalam keadaan baik