Keretapi
Stesen keretapi Klang terletak di bahagian bandar yang berada ke selatan Sungai Klang.
Dari Keretapi Komuter Lembah Klang ke Kuala Lumpur - Harga Tiket: RM3.60 & mengambil masa selama 50 minit
Dari Keretapi Komuter Lembah Klang ke Pelabuhan Klang - Harga Tiket: RM1.00 & mengambil masa selama 20 minit
Bas
Terminal bas terletak di bahagian bandar utara Sungai Klang berhadapan dengan Pasaraya Mydin. Di sini pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Kuala Selangor dan destinasi-destinasi yang lain.
Dari Klang ke Kuala Lumpur (Bas Transnational & Cityliner) - Harga Tiket: RM 3.00 & mengambil masa selama 35 minit - Bas No. 710
Dari Klang ke Pelabuhan Klang (Bas Transnational & Cityliner) - Bas No. 126
Bas Rapid KL beroperasi di antara Klang, Kuala Lumpur (dari KL Sentral dan Central Market) dan Sunway Pyramid di Petaling Jaya.
Wawasan Sutera, Metrobus, pelbagai syarikat bas mini dan Ardent Link juga memberikan perkhidmatan ke Kuala Lumpur.
Bot
Terdapat perkhidmatan bot di antara Indonesia (Dumai dan Tanjung Balai Asahan) dan Pelabuhan Klang yang berada sejauh 8 km. Terminal Star Cruises terletak di Pulau Indah di Pelabuhan Klang.