Terdapat tiga lebuhraya utama ke Klang, North Klang Valley Expressway (NKVE) menghubungi plaza tol di Klang dengan Lebuhraya Utara Selatan. Pelawat dari Shah Alam, Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur boleh menggunakan Shah Alam Expressway (KESAS Highway) untuk ke Klang Selatan. Selain daripada itu,jalan pesisiran pantai dari Banting dan Sepang(selatan) atau Kuala Selangor dan Sabak Bernam(utara) juga boleh digunakan untuk pergi ke Klang.
Dengan Keretapi
Stesen keretapi Klang terletak di bahagian bandar yang berada ke selatan Sungai Klang. KTM komuter,rangkaian keretapi komuter Lembah Klang, menghubungkan Klang terus ke Kuala Lumpur (RM3.60, 50 minit) dan Pelabuhan Klang (RM1.00, 20 minit).